CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 9, 2012

Mari belajar Pecahan


Apakah itu pecahan? 

Memperkenalkan pecahan pada murid dengan menggunakan contoh pizza.
Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.



satu per dua @ one-half



satu per empat @ one-quarter



tiga per lapan @ three-eighths

Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong


Numerator (Pengangka) & Denominator (Penyebut)

Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka)

(merujuk cerita piza di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki)



Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut)

(merujuk cerita piza di atas, penyebut ialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)

Contohnya:



1 ---> pengangka
2 ---> penyebut

Tips:
Untuk mengingat nama bagi setiap pengangka dan penyebut guru bolehlah tekankan bahawa pengangka = angka dan angka adalah number dalam BI lalu diingati sebagai numerator.

Bagi penyebut pula, guru boleh gunakan "Down"-ominator dan down adalah bawah maka denominator adalah nama bagi penyebut.


Jom tengok video!


Uji diri anda!




1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.

3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya
adalah sama;

Contoh:     ,     ,      dan sebagainya.

4. Bahagian-bahagian pada pecahan:

a)     Pengangka - angka yang terletak di atas

b)     Penyebut - angka yang terletak di bawah


5. Jenis-jenis pecahan:

(i) Pecahan wajar - pengangka lebih kecil daripada penyebut.
Contoh:  , 

(ii) Pecahan tak wajar - pengangka lebih besar daripada penyebut.
Contoh:  , 

(iii) Pecahan setara - dua pecahan yang sama nilainya.
Contoh:      setara dengan  

(iv) Nombor bercampur - terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar.
Contoh: , 

0 comments:

Post a Comment