CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 9, 2012

Mari belajar Pecahan


Apakah itu pecahan? 

Memperkenalkan pecahan pada murid dengan menggunakan contoh pizza.
Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.



satu per dua @ one-half



satu per empat @ one-quarter



tiga per lapan @ three-eighths

Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong


Numerator (Pengangka) & Denominator (Penyebut)

Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka)

(merujuk cerita piza di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki)



Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut)

(merujuk cerita piza di atas, penyebut ialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)

Contohnya:



1 ---> pengangka
2 ---> penyebut

Tips:
Untuk mengingat nama bagi setiap pengangka dan penyebut guru bolehlah tekankan bahawa pengangka = angka dan angka adalah number dalam BI lalu diingati sebagai numerator.

Bagi penyebut pula, guru boleh gunakan "Down"-ominator dan down adalah bawah maka denominator adalah nama bagi penyebut.


Jom tengok video!


Uji diri anda!




1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.

3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya
adalah sama;

Contoh:     ,     ,      dan sebagainya.

4. Bahagian-bahagian pada pecahan:

a)     Pengangka - angka yang terletak di atas

b)     Penyebut - angka yang terletak di bawah


5. Jenis-jenis pecahan:

(i) Pecahan wajar - pengangka lebih kecil daripada penyebut.
Contoh:  , 

(ii) Pecahan tak wajar - pengangka lebih besar daripada penyebut.
Contoh:  , 

(iii) Pecahan setara - dua pecahan yang sama nilainya.
Contoh:      setara dengan  

(iv) Nombor bercampur - terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar.
Contoh: , 

kenali Pecahan

PECAHAN


Pecahan (Bahasa Inggeris : fraction dan dari Bahasa LatinFractus,dipecahkan) ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.

Pecahan terdiri daripada pengangka dan penyebut. Pengangka mewakili bahagian yang sama dan penyebut menunjukkan berapa banyak bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan. Sebagai contoh;


pengangka 1 menunjukkan 1 bahagian sama,
sementara penyebut 4 menunjukkan yang
bahagian yang membentuk keseluruhan.

Pecahan setara ialah pecahan yang sama nilai. Dengan mendarab pengangka dan penyebut sesuatu pecahan dengan nombor yang sama, hasil pecahan yang baru adalah setara dengan pecahan yang asal. Contohnya untuk pecahan 1/2 apabila pengangka dan penyebut didarab dengan 2, hasilnya adalah 2/4.

Saturday, September 8, 2012

Contoh - contoh pecahan

CONTOH-CONTOH PECAHAN