CONTOH RPH PECAHAN
"khas untuk guru - guru matematik"
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1
Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 3 Amanah
Tarikh : 25 April 2011
Masa : 8.00 pagi – 8.30 pagi (30 minit)
Bilangan murid : 25 orang
Bidang pelajaran : Pecahan
Objektif pembelajaran : Menamakan dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya
hingga 10
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
Menamakan dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
Menterjemah dan mengaplikasikan pecahan wajar yang penyebutnya
hingga 10 dari gambar rajah diberi
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
Yakin diri dan patuh arahan guru dalam menjalankan aktiviti
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Pecahan wajar penyebutnya kurang daripada 10
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Kek - 1 biji
Pisau - 1 bilah
Langkah berjaga-jaga:
Berhati-hati semasa menggunakan pisau semasa memotong kek.
Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mempelajari pecahan pada kelas yang lepas
Fasa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Nota
| |
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
| |||
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
|
Menama pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10
|
Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan simulasi memotong kek hari lahir
|
Murid memberi perhatian
|
Strategi/
Teknik:
Tunjuk cara
|
Menstruktur/ Menstruktur semula idea
(10 min)
|
Menama dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10
|
Mengutarakan satu persoalan utama:
1)Berapakah pecahan kek yang telah dipotong?
2) Berapa pecahan kek yang telah guru ambil dan diletakkan dalam piring?
3) Menyoal soalan lain
Debriefing
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, diberi penerangan kumpulan kecil
|
Murid memberi respon
Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil
|
KBKK:
Menterjemah dan mengaplikasi
Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas
Sikap saintifik dan nilai murni:
Yakin diri dan patuh arahan
|
Aplikasi Idea
(10 min)
|
Menama dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 secara bertulis
|
1)Membahagikan murid kepada 5 kumpulan
2)Memberikan setiap kumpulan kit pecahan beserta soalan.
|
Murid menyelesaikan masalah dan menjawab soalan dalam kumpulan
|
Strategi:
Perbincangan kumpulan
|
Refleksi/
Penutup
(5 min)
|
Menama dan menyatakan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 secara lisan
|
Taksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek. Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan
|
Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz .
|
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas
Strategi:
Perbincangan kumpulan
|
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 3 Amanah
Tarikh : 26 April 2011
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi (1 jam)
Bilangan murid : 25 orang
Bidang pelajaran : Pecahan
Objektif pembelajaran : Membandingkan nilai 2 pecahan wajar dengan
a) Sama penyebut
b) Pengangka 1 dan penyebutnya berbeza sehingga 10
Hasil pembelajaran :Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
Membandingkan nilai 2 pecahan wajar dengan
a) Sama penyebut
b) Pengangka 1 dan penyebutnya berbeza sehingga 10
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
Membanding beza nilai 2 pecahan wajar dengan sama penyebut dan
berbeza penyebut sehingga 10.
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
Bekerjasama dan patuh arahan guru dalam menjalankan aktiviti
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Nilai terbesar dan terkecil bagi pecahan wajar
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Kit pecahan - 1 set
Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mempelajari nilai sebahagian pecahan daripada nilai keseluruhan pecahan.
Fasa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Nota
| |
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
| |||
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
|
Membandingkan 2 nilai pecahan wajar
|
Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan demonstrasi perbandingan pecahan menggunakan kit pecahan
|
Murid memberi perhatian
|
Strategi/
Teknik:
Tunjuk cara/ demonstrasi
|
Menstruktur/ Menstruktur semula idea
(30 min)
|
Membanding nilai 2 pecahan wajar dengan:
a)Sama penyebut
b)Pengangka 1 dan penyebutnya berbeza sehingga 10
|
1) Menyatakan contoh perbandingan nilai pecahan terkecil dan terbesar
2)Membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
3)Mengedarkan 10 gambar rajah pecahan kepada setiap kumpulan murid
Debriefing
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, diberi penerangan kumpulan kecil
|
Murid memberi perhatian
Murid menjalankan aktiviti kumpulan
Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil
|
KBKK:
Membanding beza
Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas
Sikap saintifik dan nilai murni:
Bekerjasama dan patuh arahan
|
Aplikasi Idea
(15 min)
|
Membanding nilai 2 pecahan wajar dengan:
a)Sama penyebut
b)Pengangka 1 dan penyebutnya berbeza sehingga 10 secara lisan
|
Persoalan utama :
Bandingkan nilai pecahan terbesar dan terkeci?
|
Murid memberi respon
|
Strategi:
Perbincangan kumpulan
KBKK:
Membanding beza
|
Refleksi/
Penutup
(10 min)
|
Menama dan menyatakan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 secara bertulis
|
Taksir kefahaman pelajar dengan memberi lembaran kerja.
|
Pelajar menyelesaikan soalan pada lembaraan kerja secara individu.
|
Sikap saintifik dan nilai murni:
Yakin diri dan patuh arahan
|
Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 3 Amanah
Tarikh : 27/4/2011 (10.00-11.00 pagi)
Masa : 10.00-11.00 pagi (60 minit)
Bilangan murid : 25 orang
Tajuk : PECAHAN
Objektif pembelajaran : Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara.
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
Menterjemah dan mengaplikasi pecahan wajar kepada
pecahan setara.
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
Yakin diri dan bantu-membantu.
Konsep/prinsip/hukum/teori :Pecahan setara ada pecahan yang sama nilai.
Bahan, peralatan dan bahan sumber :Kertas putih – 12 keping
kertas warna – 12 keping
gunting – 10 bilah
gam–5 botol
Langkah berjaga-jaga : Berhati-hati semasa menggunakan gunting.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari nilai pecahan setara .
Fasa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Nota
| |
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
| |||
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
|
Demonstrasi pecahan wajar kepada pecahan setara menggunakan lipatan kertas
|
Guru melakukan demonstrasi pecahan wajar kepada pecahan setara dengan menggunakan lipatan kertas.
|
Murid memberi perhatian
|
Strategi/ Teknik:
Demonstrasi lipatan dan guntingan kertas.
|
Menstruktur/ Menstruktur semula
(20 min)
|
pecahan wajar kepada pecahan setara
|
Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
Debriefing
Guru menaksir kefahaman murid secara lisan-Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan kecil.
|
Murid menjalankan
Aktiviti berkumpulan lipatan dan gunting kertas.
Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil
|
Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan
Sikap saintifik dan nilai murni:
Penglibatan aktif
Menghargai masa
|
Aplikasi Idea
(25 min)
|
Perbentangan kumpulan dan perbincangan.
|
Guru memberi respon hasil pembentangan kumpulan .
|
murid menyelesaikan masalah dalam kumpulan
Pelajar membentangkan dapatan
|
Strategi:
Perbincangan kumpulan .
|
Refleksi/
Penutup
(10 min)
|
Kuiz pendek
|
Guru menaksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek.
Guru mengadakan pertandingan antara kumpulan untuk meningkatkan keterujaan
Murid
|
Murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz .
|
Strategi:
Penaksiran kuiz pendek.
|
0 comments:
Post a Comment